Paket Minyak Cinta 728x90

Friday, May 18, 2012

maya Jenis Ciuman Yang Harus Dihindari!

To view this message as a web page, click here
Apakah perkara yang terpenting semasa melakukan 
ciuman? Sudah semestinya, keupayaan bercium dan 
keserasian. Jika kedua-duanya tidak dimiliki oleh 
Anda, maka akan hambarlah ciuman Anda. Sebelum 
memulakan ciuman, pastikan Anda mengetahui 4 
kesalahan yang sering dilakukan ketika bercium.
 
 
1) Ciuman Yang Kasar
 
Sebuah ciuman seharusnya dilakukan dengan lembut 
dan penuh perasaan kasih sayang, panas atau penuh 
ghairah. Janganlah seperti diterkam oleh harimau 
pula. Untuk memulakan ciuman, lakukan dengan 
perlahan-lahan dan biarkan detik-detik ciuman 
dibangkitkan secara semula jadi. Memaksa ciuman 
yang penuh ghairah sama sahaja seperti menceroboh 
pasangan Anda. 
 
Jadi, hindari "serangan" mengejut seperti seorang 
perempuan yang sedang cemburu. Cuba tahan diri 
Anda dan perhatikan bahasa tubuh pasangan Anda. 
Bagaimanapun ciuman dilakukan secara berdua-duaan 
dan jika pasangan anda tidak mahukannya, Anda akan 
dianggap terlalu agresif. Jika ini berlaku, Anda 
perlu mengubah strategi dan biarkan pasangan Anda 
mengambil langkah melakukan ciuman dahulu.
 
 
2) Ciuman Yang Hambar
 
Sebuah ciuman tidak semestinya "basah" tetapi tidak 
juga sekadar menyentuh bibir begitu sahaja. Gunakan 
sedikit lidah Anda. Bibir yang tertutup dan kucupan 
sekilas lalu akan menjadikannya hambar. Hal ini 
serupalah seperti ketika seseorang bersalaman, 
ianya hanya sekadar menyentuh tangan sahaja. Kurang 
mantap kan? 
 
Berilah ciuman dengan hati: serahkan seluruh bibir 
Anda, bukannya bibir yang tertutup rapat. Tutup mata 
Anda supaya Anda benar-benar dapat merasakan 
ciumannya dan membalasnya dengan penuh perasaan 
kasih sayang.
 
 
 
3) Ciuman Yang Berbau Busuk
 
Sebenarnya tidak sukar untuk menghilangkan bau mulut. 
Makan sahaja gula-gula getah (chewing gum) ataupun 
gosoklah gigi Anda. Menonjolkan cebisan cili yang 
terselit di celah-celah gigi juga sama sekali takkan 
membangkitkan mood untuk bercium. Cuba hindari 
makanan dan minuman yang boleh menyebabkan nafas 
berbau jika Anda berniat untuk menemui si dia. 
 
Yang paling penting sekali, makanlah sedikit makanan 
ringan kerana perut yang kosong juga akan menyebabkan 
mulut Anda berbau. Walaupun Anda berpengalaman dan 
sehebat mana pun dalam ciuman, Anda tetap tidak dapat 
menyembunyikan mulut yang berbau. Jadi amalkanlah 
membawa chewing gum selalu dan tawarkan kepada 
pasangan Anda jika sejak awal lagi Anda telah tercium 
bau yang kurang menyenangkan.
 
 
4) Ciuman Yang Salah Sasaran
 
Ciuman di bahagian pipi atau kening akan membuatkan 
anda merasakan seperti disayangi. Namun jika Anda 
berniat untuk menciumnya, ciumlah bibirnya bukan dagu, 
hidung atau pipinya, apatah lagi jika ditambah dengan 
permainan lidah yang meninggalkan air liur di seluruh 
mukanya. Tarikan merupakan kunci dalam ciuman yang 
hebat, tetapi janganlah sampai melibatkan air liur. 
 
 
Baiklah maya, setakat ini dulu email saya untuk 
maya. Jumpa kita di lain hari ya.
 
 
Jika maya masih belum dapatkan ebook seni ciuman 
supaya maya boleh menjadi seorang Pakar Ciuman, 
maya boleh dapatkannya dilaman web ini:
 
 
 
Salam Gembira buat maya
 
 
 
Ikhlas,
 
Azlan - (Seni Ciuman)
 
 
P/S: Terima Kasih maya kerana sudi membaca 
email saya kali ini…
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

This message was sent to you at ab.moviedz.affiliatesgoogle@blogger.com regarding:
Sila Sahkan Email Anda - (Seni Ciuman)

Message Sender Info: Team Seni Ciuman ( seriburahsia@yahoo.com )
Team Seni Ciuman | Bukit Permata | Sri Gombak, Selangor | 68100 | Malaysia
Manage Your Subscription  Instant Removal
Email Marketing By:
TrafficWave.net AutoResponders

No comments:

Post a Comment